Agensi Berita Ahlu Bait (a.s) - Persatuan Kesatuan Ulama Moqawama Sedunia di Beirut masuk hari kedua dengan kehadiran beberapa tokoh ilmuan Islam terkenal dari seluruh dunia.
Antara yang hadir ialah Sheikh Mahir Hamoud, Presiden Majma' Taghrib Bainul Mazahib Ayatullah Mohsen Araki, Mufti Besar Syria Sheikh Ahmad Badaruddin Hassoun, Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Sheikh Naim Qassem, Presiden Majlis Syura Tertinggi Majma Taghrib Mazahib Islami Ayatullah Muhammad Ali Taskhiri dan lain-lain lagi.
Sheikh Mahir Hamoud selaku Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Moqawama Dunia Islam dan tokoh Sunni tersohor di Lubnan berkata, "Kita datang ke ibukota perjuangan Moqawama, di Beirut. Enam bulan sebelum ini kita sudah datang dan memohon kepada Allah (s.w.t) agar umat Islam diselamatkan dari matapetaka kemunculan pemikiran Takfiri."
Tambah beliau lagi, "Moqawama adalah jihad di jalan Allah, dan darjat yang paling tinggi dalam agama ialah jihad berhadapan dengan musuh umat, Israel, iaitu musuh yang menjadi dalang muslihat dalam agama Allah."
Di akhir ucapan beliau berkata, "Ulama Moqawama mempelopori jalan perpaduan dalam menggerakkan umat dan menerangkan jalan yang lurus."
Sementara itu Sheikh Naim Qassim selaku Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah berkata, "Kita menyusuri jalan yang lurus dan perpaduan umat, kita juga memaklumkan isu Palestin adalah wacana utama perjuangan Moqawama di rantau ini. Ini disebabkan semua malapetaka yang menimpa umat Islam berasal dari musuh, iaitu Zionis."
"Fitnah terkini dan pengganas di rantau ini adalah buatan musuh, iaitu Zionis. Sebaik sahaja kita pergi memerangi fitnah ini, hendaklah kita tahu bahawa siapakah dalang utamanya. Dari sini, Israel bukan hanya bahaya bagi umat Islam, bahkan bahaya untuk seluruh dunia. Dengan menggunakan ia masuk campur dalam politik antarabangsa. Ia mendesak semua pihak demi mencapai matlamatnya."
Sementara itu Sheikh Ahmad Hassoun yang merupakan mufti besar Syria menegaskan, perjuangan Moqawama perlu dilanjutkan di rantau itu, "Moqawama yang menyatukan barisan di dalam semua situasi sehingga dapat menunjukkan kepada dunia bagaimana kumpulan kecil mampu mengatasi gerombolan yang besar. Moqawama menyingkirkan sempadan antara Syria dan Lubnan. Kerjasama tulus ikhlas di antara kedua-dua negara ini dapat diteguhkan yang mana sebarang fitnah tidak dapat menyungkurkan Lubnan."
Sambil menceritakan usaha kumpulan ajaran sesat dan Takfiri dalam memburukkan wajah Islam serta mencetus sengketa mazhab, beliau berkata, "Apa yang terjadi di Yaman hari ini bukanlah perang antara Sunni dan Syiah. Bahkan perang di antara mereka yang menyerang Yaman atas kehendak hawa nafsu."
Sementara itu, Ayatullah Mohsen Araki yang menjawat Setiausaha Agung Majma Taghrib Mazahib Islami berkata, "Umat Islam hari ini memerlukan perjanjian bersama dalam menghadapi fitnah besar yang menjadikan perpecahan umat sebagai sasaran. Dalam pada itu hendaklah pengalaman lalu digunakan dalam tatacara ini."
Sambil menceritakan tentang pencapaian Moqawama dalam menghadapi Zionis sehingga menyebabkan kekalahan besar rejim itu, beliau berkata, "Hari ini Moqawama lebih kuat dari masa lalu, dan kekuatan ini ada di dalam perjuangan ulama, penduduk awam dan para pejuang dalam menghadapi kuasa angkuh global serta wakilnya, iaitu Israel."
Persidangan ini pernah dianjurkan pada tahun lalu di Beirut dengan perlantikan Sheikh Mahir sebagai setiausaha agungnya.





.............